Wednesday 12 October 2011

Blog pertama dalam hidup saya

Pertama kali mempunyai blog sendiri, perasaan saya adalah begitu menggembirakan. Walaupun blog ini dibina untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di UPSI, namun ini telah membolehkan saya untuk berjaya memulakan satu lembaran yang baru dalam kehidupan saya sebagai seorang guru kerana selama ini saya memang kurang cekap dalam bidang ini.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki/diubahsuaikan dalam blog ini. Harap guru-guru atau kawan-kawan yang mengunjungi blog saya ini dapat memberi tunjuk ajar ataupun komen kepada saya supaya saya dapat membuat penambahbaikan.