Sunday 6 November 2011

Panduan Menjawab Bahagian A (Penulisan)

BENTUK SOALAN
Soalan di bahagian ini berkemungkinan akan ditanya dalam tiga bentuk, iaitu:
a. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar, ATAU
b. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar, ATAU
c. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
Langkah-langkah menjawab soalan:
a. Meneliti gambar.
b. Mengenal pasti setiap objek yang terdapat dalam gambar.
c. Membina ayat mudah dengan menggunakan kata kerja yang telah diberikan dengan berpandukan jadual di bawah. (Siapa - buat apa - kata sendi - keterangan)
d. Tidak digalakkan menggunakan perkataan "saya" dalam ayat.

No comments:

Post a Comment