Sunday, 11 December 2011

Infobahasa 15 : Pembinaan Ayat yang Betul

BOLEH dan DAPAT
(keizinan / memperoleh, guna tenaga)
1.         Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (BETUL)
2.         Selepas kakinya sembuh, dia boleh menunggang basikal. (SALAH)
3.         Muhammad boleh menjawab soalan itu dengan tepat. (SALAH)
4.         Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita. (SALAH)
PENGGUNAAN SINGKATAN HURUF
(singkatan yang memberi makna tertentu)
1.         YAB Menteri Besar Perak melawat tapak industri kecil. (SALAH)
2.         Y.A.B. Menteri Besar Perak melawat tapak industri kecil. (BETUL)
3.         Dia mengajar di Sek. Keb. Tasek Dermawan, Ipoh. (SALAH)
4.         Dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh. (BETUL)
5.         Dia mengajar di SK Tasek Dermawan, Ipoh. (BETUL)
PENGGUNAAN ABJAD DALAM AYAT
(nombor dalam ayat perlu ditulis dalam bentuk ejaan kecuali tahun, wang, alamat......)
1.         Dia mempunyai 2 orang adik perempuan yang masih belum bersekolah. (SALAH)
2.         Rahim dilahirkan pada tahun 1955 di Kampung Padang Terap. (BETUL)
3.         Zoraimi mengeluarkan wang sebanyak RM 2350.00 dari Bank Islam. (BETUL)
4.         Di dalam bakul rotan itu terdapat sepuluh biji durian. (BETUL)
KATA PEMERI : adalah / ialah
(adalah: kata sendi, kata adjektif / ialah: kata nama, kata kerja)
(adalah: tidak boleh diletakkan di permulaan ayat, berpasangan dengan kata sendi nama / kata hubung)
(Tidak digalakkan kata pemeri dalam ayat ringkas)
1.       Muhammad Ramli adalah abang saya. (SALAH)
2.       Hobi saya adalah bermain badminton. (SALAH)
3.       Rombongan itu adalah dari Jepun. (BETUL)
4.       Orang yang sedang menjinjing komputer riba itu ialah abang saya. (BETUL)
5.       Punca pencemaran adalah seperti pembuang sisa toksik oleh pihak kilang. (BETUL)


Infobahasa 14 : Penggunaan Perkataan yang Betul

"RAYA" - KATA NAMA AM
(satu perkataan atau dua perkataan)
1. pasar raya (BETUL)
2. pasaraya (SALAH)
3. bandar raya (BETUL)
4. pilihanraya (SALAH)
5. jalan raya (BETUL)

"RAYA" - KATA NAMA KHAS
(satu perkataan atau dua perkataan)
1. Hari Raya Haji (BETUL)
2. Lebuhraya Persekutuan (SALAH)
3. Bandaraya Kuala Lumpur (BETUL)
4. Bandar Raya Kuala Lumpur (SALAH)
5. Bandaraya Ipoh (BETUL)

PERKATAAN "BAHASA"
(huruf kecil atau huruf besar)
1. Bahasa Melayu (BETUL)*mata pelajaran
2. bahasa Melayu (BETUL)*am/bahasa
3. berbahasa Melayu (BETUL)
4. berBahasa Melayu (SALAH)
5. Info Bahasa (SALAH)

"AIRCOND"
(bahasa Inggeris yang diterjemahkan)
1. alat penghawa dingin (SALAH)
2. alat hawa dingin (SALAH)
3. pendingin hawa (BETUL)
4. penghawa dingin (SALAH)
5. penyaman udara (BETUL)


Infobahasa 13 : Penggunaan Tatabahasa yang Betul

HUKUM D-M
(apa bendanya? atau apa barangnya?)
1. mini telekung (SALAH)
2. sos cili (BETUL)
3. ayam telur (BETUL)
4. telur ayam (BETUL)
5. telur kuning  (SALAH)
6. Saya makan goreng pisang.  (SALAH)
7. Saya makan pisang goreng. (BETUL)
8. Tolong goreng ayam itu. (BETUL)
9. Aminah Kedai Jahit. (SALAH)
10. Anjung Selera Restoran. (SALAH)

ANGKA DENGAN HURUF
(mesti ada tanda sempang)
1. 1950an (SALAH)
2. 1950-an (BETUL)
3. ke25 (SALAH)
4. ke-25 (BETUL)
5. ke sepuluh (SALAH)

LAIN atau LAIN-LAIN
("lain" digunakan di akhir ayat)
1. masalah-masalah lain. (BETUL)
2. lain-lain masalah (SALAH)
3. perkara-perkara lain (BETUL)
4. lain-lain perkara (SALAH)
5. hal-hal lain (BETUL)

DEMI atau UNTUK
(pilih satu sahaja / tidak boleh kedua-duanya)
1. demi ibu tersayang (BETUL)
2. demi untuk ibu tersayang (SALAH)
3. untuk menjaga maruah (BETUL)
4. demi untuk menjaga maruah (SALAH)
5. demi untuk ikatan kekeluargaan (SALAH)

SEJAK, SEMENJAK atau DARI
(penggunaan kata sendi yang tepat)
1. sejak dari pagi tadi (SALAH)
2. semenjak pagi tadi (BETUL)
3. semenjak dari lahir (SALAH)
4. sejak lahir (BETUL)
5. sejak dari bangku sekolah lagi (SALAH)

Infobahasa 12 : Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan merupakan perkataan yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan bilangan sesuatu benda mengikut saiz, bentuk, rupa, dan sebagainya. Yang berikut merupakan rakaman makropengajaran saya semasa mengajar penjodoh bilangan dalam kalangan murid Tahun 5. Berserta dengan slaid PPT yang saya gunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.




Infobahasa 11 : Simpulan Bahasa

Infobahasa 10 : Penggunaan Tatabahasa yang Betul

ANTARA / DI ANTARA
(abstrak, bukan tempat / tempat)
1. antara hobinya ialah melukis (BETUL)
2. di antara hobinya ialah melukis (SALAH)
3. teh terletak di antara sos dan roti (BETUL)
4. dia duduk antara Din dengan Lie (SALAH)
5. di antara lauk kegemarannya (SALAH)

DALAM / DI DALAM
(abstrak, tidak nampak / lubang, ruang)
1. di dalam ingatannya (SALAH)
2. dalam ingatannya (BETUL)
3. di dalam bilik (BETUL)
4. dalam mesyuarat (SALAH)
5. di dalam hatinya (BETUL)

ATAS / DI ATAS
(abstrak, bukan tempat / tempat)
1. terima kasih atas pertolongan (BETUL)
2. terima kasih di atas bantuan (SALAH)
3. tahniah di atas kejayaan (SALAH)
4. buku kamu ada di atas meja (BETUL)
5. cawan itu ada atas para (SALAH)

PERKATAAN "YANG"
(penggunaan yang tepat)
1. Yang Dipertua MPTI (BETUL)
2. Yang di-Pertua Dewan Rakyat (BETUL)
3. Yang di-Pertuan Agong (BETUL)

4. Yang di-Pertuan Negeri (BETUL)
5. Yang di-Pertuan Besar (BETUL)

SRI atau SERI
(pastikan betul penggunaannya)
1. Tan Sri (BETUL)
2. Tan Seri (SALAH)
3. Puan Sri (BETUL)
4. Dato' Seri (BETUL)
5. Datin Sri (SALAH)
6. Seri Paduka Baginda (BETUL)
7. seri muka (BETUL)

Infobahasa 9 : Kesalahan Imbuhan

MEMBUAT / BERBUAT
(abstrak atau bukan benda)
1. jangan membuat bising. (SALAH)
2. jangan berbuat bising. (BETUL)
3. berbuat begitu. (BETUL)
4. membuat begitu. (SALAH)
5. berbuat demikian. (BETUL)

MEMPER... / MEMPER...KAN
(kata adjektif / kata kerja)
1. memperdalamkan lubang itu (SALAH)
2. memperdalam lubang itu (BETUL)
3. mendalamkan lubang itu (BETUL)
4. memperkatakan hal itu (BETUL)
5. memperjelas perkara itu. (SALAH)

MENG...KAN / MENG...I
(orang: meng...kan / benda: meng...i)
1. kami menghiaskan pentas. (BETUL)
2. kami menghiasi pentas. (SALAH)
3. pelbagai ceri menghiaskan kek. (BETUL)
4. pelbagai ceri menghiasi kek. (SALAH)
5. adik mengotori lantai. (SALAH)
6. menghadiahi Ali (BETUL)
7. menganugerahkan Ali (SALAH)
8. menganugerahkan pingat (BETUL)
9. menghidangkan tetamu (SALAH)
10. menghidangkan nasi lemak (BETUL)

Infobahasa 8 : Kesalahan Tatabahasa

KATA GANDA : SALING
(tidak perlu kata ganda)
1. A dan B saling kejar-mengejar. (SALAH)
2. A dan B saling mengejar. (BETUL)
3. A dan B kejar-mengejar. (BETUL)
4. X dan Y saling menembak. (BETUL)
5. X dan Y tembak-menembak. (BETUL)

KATA GANDA SEPARA + BER...AN
(B:1 atau 1:B)
1. Dedaun berguguran. (SALAH)
2. Daun berguguran. (BETUL)
3. Berterbangan lelayang. (BETUL)

PENGGUNAAN KATA "BELAKA"
(B:1 atau 1:B)
1. Baju itu murah-murah belaka. (BETUL)
2. Beg-beg itu cantik-cantik belaka. (SALAH)
3. Mereka bijak-bijak belaka. (SALAH)
4. Mereka bijak belaka. (BETUL)
5. Anak-anaknya bijak-bijak belaka. (SALAH)

BERKALI-KALI @ BERULANG KALI
(B:1 atau 1:B)
1. mencuit-cuit pipinya (BETUL)
2. mencuit pipinya berkali-kali (BETUL)
3. mencuit-cuit pipinya berkali-kali (SALAH)
4. melambai-lambai berulang kali (SALAH)
5. melambai berulang kali (BETUL)

KATA NAMA
(ulang dua kali kata pertama)
1. guru-guru besar (BETUL) *banyak GB
2. guru besar-guru besar (SALAH)
3. guru besar-besar (BETUL) * badan besar
4. alat-alat tulis (BETUL)
5. alat tulis-alat tulis (SALAH)
6. orang-orang tua (BETUL) *banyak
7. orang tua-tua (BETUL) *petua / pepatah

Infobahasa 7 : Analisis Klausa/Frasa/Ayat (2)

KLAUSA/FRASA/AYAT
BETUL/SALAH
PEMBETULAN
rumah orang tua-tua
SALAH
orang-orang tua
saling bantu-membantu
SALAH
saling membantu
sayangkan kamu
SALAH
sayang akan/kepada
turun ke bawah
SALAH
turun
sedang ditemu bual oleh wartawan
SALAH
ditemubual
para dermawan sekalian
SALAH
para dermawan
sudah boleh menunggang basikal
SALAH
sudah dapat
tempuh seminggu
SALAH
tempoh
sangat cantik sekali
BETUL

terlalu amat indah
BETUL
(pengecualian)
paling peramah sekali
SALAH
peramah sekali
sungai itu terpanjang
SALAH
paling… (X sebagai predikat)
selekoh amat berbahaya
BETUL

projek jalan tar mini
BETUL

rampasan mercun terbesar
SALAH
rampasan terbesar
sekaki bunga
SALAH
sekaki bunga telur
pengantin baru
BETUL

oleh kerana
SALAH
oleh sebab
mohon restu Allah SWT
SALAH
S.W.T.
mesyuarat agong
SALAH
mesyuarat agung

Monday, 5 December 2011

Sesi Permainan Bahasa 2

Satu lagi permainan teka teki yang saya terjumpa di laman web, dan saya ingin berkongsi dengan anda semua. Selamat mencuba dan berseronoklah!

Thursday, 1 December 2011

Latihan Menulis Bahagian C (4)

Tajuk: Catatan
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Berikut adalah catatan saya sepanjang hari hujung minggu.

Sabtu: 15 Mac 2011
7.15 pagi: Menolong ibu menyediakan sarapan, adik pula mengelap meja, menyusun pinggan dan gelas di atas meja makan. Ibu menyediakan roti bakar, mi goreng dan susu segar.

8.30 pagi: Bersarapan bersama keluarga. Ayah menanyakan tentang pelajaran saya dan adik. Ayah menasihati kami supaya rajin belajar agar mempunyai masa depan yang cerah.

9.00 pagi: Bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Pelbagai tugasan yang kami lakukan untuk memastikan halaman rumah bersih.

10.00 pagi: Membasuh kasut sekolah dan pakaian seragam sekolah sendiri. Turut menolong adik membasuh kasutnya.

5.00 petang: Ayah menolong ibu, aku dan adik bersiar-siar di taman rekreasi. Aku bermain bersama kawan-kawan manakala ayah dan ibu berbual-bual dengan jiran-jiran yang turut membawa anak mereka ke situ.

8.00 malam: Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Aku mesti rajin mengulang kaji kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR. Aku berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengikut jejak abangku yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Menolong ibu menyediakan sarapan.

2.      Bergotong-royong membersihkan halaman rumah.

3.      Menolong adik membasuh kasutnya.

4.      Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (3)

Tajuk: Laporan

Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

LAPORAN PROGRAM SAYANG DISAYANG

Pada cuti semester yang lalu, pelajar-pelajar Kolej Utama telah mengadakan program bersama warga emas di rumah Orang Tua Tunas Bakti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Mereka bekerja bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan.

Ada kumpulan yang menanam pokok-pokok bunga untuk mengindahkan pemandangan di situ. Sampah-sarap, longkang, kaki lima rumah kebajikan itu juga dibersihkan. Satu lagi kumpulan ditugaskan mengecat semula bangunan utama rumah kebajikan tersebut.

Pada sebelah petang pula, para pelajar berpeluang mendekati penghuni-penghuni dan cuba memahami perasaan mereka. Sesungguhnya mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat.

Program sehari itu tamat pada jam 6.30 petang.

Disediakan oleh,                                                    16 Mei 2011
     Faridah
(FARIDAH HANIM)
Setiausaha,
Program Sayang Disayang.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Mengadakan program bersama warga emas.

2.      Membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran.

3.      Bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan.

4.      mendekati penghuni-penghuni dan cuba memahami perasaan mereka.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (2)

Tajuk: Pantun
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pergi berjalan ke Kuala Gula,
Penat berjalan duduk bersembang;
Tekun bekerja pada setiap masa,
Pasti hidup akan dikenang.

Gelang emas gelang suasa,
Cincin berlian indah sekali;
Jangan suka membuang masa,
Nanti rugi diri sendiri.

Pergi membeli ikan tenggiri,
Beli juga ikan gelama;
Jangan suka meninggi diri,
Kelak nanti diri binasa.

Pagi-pagi menyapu sampah,
Sambil berehat memakan kuini;
Cakap ibu jangan dibantah,
Perintah bapa mesti turuti.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Tekun bekerja pada setiap masa.

2.      Jangan suka membuang masa.

3.      Jangan suka meninggi diri.

4.       Cakap ibu jangan dibantah.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.