Tajuk: Catatan
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Berikut adalah catatan saya sepanjang hari hujung minggu. Sabtu: 15 Mac 2011 7.15 pagi: Menolong ibu menyediakan sarapan, adik pula mengelap meja, menyusun pinggan dan gelas di atas meja makan. Ibu menyediakan roti bakar, mi goreng dan susu segar. 8.30 pagi: Bersarapan bersama keluarga. Ayah menanyakan tentang pelajaran saya dan adik. Ayah menasihati kami supaya rajin belajar agar mempunyai masa depan yang cerah. 9.00 pagi: Bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Pelbagai tugasan yang kami lakukan untuk memastikan halaman rumah bersih. 10.00 pagi: Membasuh kasut sekolah dan pakaian seragam sekolah sendiri. Turut menolong adik membasuh kasutnya. 5.00 petang: Ayah menolong ibu, aku dan adik bersiar-siar di taman rekreasi. Aku bermain bersama kawan-kawan manakala ayah dan ibu berbual-bual dengan jiran-jiran yang turut membawa anak mereka ke situ. 8.00 malam: Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Aku mesti rajin mengulang kaji kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR. Aku berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengikut jejak abangku yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti. |
A. Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.
Pernyataan | Nilai Murni |
1. Menolong ibu menyediakan sarapan. | |
2. Bergotong-royong membersihkan halaman rumah. | |
3. Menolong adik membasuh kasutnya. | |
4. Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. | |
B. Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.
Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.