Tajuk: Cerita
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Buku yang berjudul 100 Ciptaan Terhebat Manusia ialah hadiah kakak Ratna. Ratna membalut buku itu dan menjaganya dengan baik. Dia membaca buku itu pada masa lapang. Banyak pengetahuan baharu diperolehnya melalui buku itu. Setelah dia selesai membacanya, Mei Mei hendak meminjam buku tersebut. Ratna tidak kedekut tetapi menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu. Selepas seminggu, Mei Mei telah memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik. |
A. Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.
Pernyataan | Nilai Murni |
1. Membalut buku itu dan menjaganya. | |
2. Membaca buku itu pada masa lapang. | |
3. Menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu. | |
4. Memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik. |
B. Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.
Kita mestilah_____________________. Selain itu, kita hendaklah _____________________. Di samping itu, kita perlulah _____________________. Akhir sekali, kita patutlah _____________________.
No comments:
Post a Comment