Showing posts with label Latihan. Show all posts
Showing posts with label Latihan. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

Latihan Menulis Bahagian C (2)

Tajuk: Pantun
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pergi berjalan ke Kuala Gula,
Penat berjalan duduk bersembang;
Tekun bekerja pada setiap masa,
Pasti hidup akan dikenang.

Gelang emas gelang suasa,
Cincin berlian indah sekali;
Jangan suka membuang masa,
Nanti rugi diri sendiri.

Pergi membeli ikan tenggiri,
Beli juga ikan gelama;
Jangan suka meninggi diri,
Kelak nanti diri binasa.

Pagi-pagi menyapu sampah,
Sambil berehat memakan kuini;
Cakap ibu jangan dibantah,
Perintah bapa mesti turuti.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Tekun bekerja pada setiap masa.

2.      Jangan suka membuang masa.

3.      Jangan suka meninggi diri.

4.       Cakap ibu jangan dibantah.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (1)

Tajuk: Cerita

Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buku yang berjudul 100 Ciptaan Terhebat Manusia ialah hadiah kakak Ratna. Ratna membalut buku itu dan menjaganya dengan baik. Dia membaca buku itu pada masa lapang.
Banyak pengetahuan baharu diperolehnya melalui buku itu. Setelah dia selesai membacanya, Mei Mei hendak meminjam buku tersebut. Ratna tidak kedekut tetapi menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu.
Selepas seminggu, Mei Mei telah memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.     Membalut buku itu dan menjaganya.

2.     Membaca buku itu pada masa lapang.

3.     Menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu.

4.       Memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_____________________. Selain itu, kita hendaklah _____________________. Di samping itu, kita perlulah _____________________. Akhir sekali, kita patutlah _____________________.

Latihan Menulis Nilai-nilai Murni 1 (Penulisan Bahagian C)

Pilih nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan-pernyataan yang diberikan.

Tajuk 1: Bergaya ke Sekolah

berjimat-cermat
baik hati
menjaga kesihatan
tekun
rajin

Pernyataan
Nilai Murni
1.     Membaca buku di pondok bacaan.

2.     Bersarapan di rumah.

3.     Menyimpan duit belanja.

4.     Belajar dengan bersungguh-sungguh.

5.     Memberikan sepotong roti dan air kepada pengemis.


Tajuk 2: Seronoknya Belajar

menolong
berjimat-
cermat
bercita-cita
tinggi
bertanggungjawab
menyayangi

Pernyataan
Nilai Murni
1.     Menolong ibu menjual nasi lemaknya setiap pagi.

2.     Membantu ayah menguruskan warung.

3.     Mangambil upah mengemas rumah.

4.     Berharap agar aku berjaya.

5.     Menjadi seorang doktor.


Tajuk 3: Kemahiran Diri

menolong
berwawasan
bercita-cita tinggi
bersyukur
gigih

Pernyataan
Nilai Murni
1.     Junaidi tekun bertukang.

2.     Junaidi tetap meneruskan kerjanya.

3.     Anak-anaknya sering membantunya di bengkel.

4.     Dia berhasrat untuk membuka kilang.

5.     Walaupun telah berjaya, dia tidak pernah sombong.

Wednesday, 30 November 2011

Latihan Menulis Bahagian B

Di sini saya memberi 4 tajuk yang baru sebagai latihan tambahan penulisan Bahagian B. Isikan tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang sesuai.


Tajuk 1:
Ibu Saya

       Ibu saya berumur ________ tahun. Dia bersifat ________ lembut dan sentiasa ________.
       Ibu saya seorang suri rumah tangga. Tiap-tiap ________ , dia menyediakan ________ untuk kami sekeluarga.
       Ibu mengambil ________ terhadap pelajaran kami. Saya berasa ________ kerana mempunyai seorang ibu yang ________.

Tajuk 2:
Kegemaran Saya
       Kegemaran saya ialah ________ setem.
       Saya mendapat setem daripada penukaran setem dengan ________. Kadang-kadang saya juga ________ setem dari kedai.
       Saya menyimpan setem di dalam ________. Pada waktu lapang, saya suka menikmati ________ setem-setem itu.
       Melalui aktiviti mengumpul setem, ________ pengetahuan saya ________.


Tajuk 3:
Hari Sukan
       Sekolah saya telah mengadakan ________ tahunan pada hari ________ yang lepas.
       Padang sekolah dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang ________. Berbagai-bagai ________ telah diadakan. Antaranya adalah acara lumba ________, lompat ________ dan lompat ________.
       Temasya sukan ________ dalam suasana yang ________.

Tajuk 4:
Melawat Zoo
       Pada minggu ________, Cikgu Rosli membawa kami melawat ke zoo.
       Di dalam zoo terdapat banyak ________. Antaranya adalah ________, ________, monyet, gajah, buaya, burung, arnab, badak dan ________.
       Kami dapat ________ cara binatang-binatang itu bergerak, ________ dan tidur.

Sunday, 6 November 2011

Latihan Menulis Bahagian A (Penulisan)

SOALAN 1: SEKOLAH SELESA MURID CERIA
Gambar menunjukkan murid-murid sedang membersihkan kelas.
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti di bawah.

SOALAN 2: SERONOKNYA BELAJAR
Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan.
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti di bawah.

SOALAN 3: KEMAHIRAN DIRI
Gambar menunjukkan aktiviti harian Mimi.
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.
  
Siapa?
Buat apa?
Kata Sendi
Keterangan