Wednesday, 30 November 2011

Latihan Menulis Bahagian B

Di sini saya memberi 4 tajuk yang baru sebagai latihan tambahan penulisan Bahagian B. Isikan tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang sesuai.


Tajuk 1:
Ibu Saya

       Ibu saya berumur ________ tahun. Dia bersifat ________ lembut dan sentiasa ________.
       Ibu saya seorang suri rumah tangga. Tiap-tiap ________ , dia menyediakan ________ untuk kami sekeluarga.
       Ibu mengambil ________ terhadap pelajaran kami. Saya berasa ________ kerana mempunyai seorang ibu yang ________.

Tajuk 2:
Kegemaran Saya
       Kegemaran saya ialah ________ setem.
       Saya mendapat setem daripada penukaran setem dengan ________. Kadang-kadang saya juga ________ setem dari kedai.
       Saya menyimpan setem di dalam ________. Pada waktu lapang, saya suka menikmati ________ setem-setem itu.
       Melalui aktiviti mengumpul setem, ________ pengetahuan saya ________.


Tajuk 3:
Hari Sukan
       Sekolah saya telah mengadakan ________ tahunan pada hari ________ yang lepas.
       Padang sekolah dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang ________. Berbagai-bagai ________ telah diadakan. Antaranya adalah acara lumba ________, lompat ________ dan lompat ________.
       Temasya sukan ________ dalam suasana yang ________.

Tajuk 4:
Melawat Zoo
       Pada minggu ________, Cikgu Rosli membawa kami melawat ke zoo.
       Di dalam zoo terdapat banyak ________. Antaranya adalah ________, ________, monyet, gajah, buaya, burung, arnab, badak dan ________.
       Kami dapat ________ cara binatang-binatang itu bergerak, ________ dan tidur.

Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 4

Peringkat 4 ini merupakan peringkat untuk mereka menjawab soalan dalam bentuk UPSR.
  1. Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu.
  2. Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.
  3. Tulis cerita tentang guru kesayangan kamu.
  4. Tulis sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".

~~SELAMAT MENCUBA~~

Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 3

Bagi peringkat 3 dalam teknik menjawab bahagian B dalam kertas penulisan Bahasa Melayu, murid-murid dikehendaki menulis ayat-ayat daripada perkataan yang diberi.

Tajuk 1: 
Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu. (Cerita)
a. Saya - hobi.
b. Saya - suka - layang-layang.
c. Saya - layang-layang.
d. Layang-layang - cantik.
e. Saya - membuat - itu.
f. Saya - layang-layang - kawan-kawan.
g. Saya - pada - petang.
h. Saya - di padang.
i. Layang-layang - tinggi.
j. Saya - gembira.

Tajuk 2: 
Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.

44, Taman Bunga Raya,
35000 Tapah,
Perak.

2 September 2011.

a.       Menemui - berada di Muar, Johor.
b.       Semoga - selalu.
c.       Saya - wal afiat.
d.       Saudara,
e.       Saya sekeluarga - rawatan tradisional.
f.        Ayahanda - sakit badan.
g.       Beliau - pemandu lori.
h.       Beliau - akupunktur.
i.         Encik Wong - akar-akar kayu.
j.         Ayahanda - sihat.
k.       Sekianlah - ini.
l.         Semoga -.

Sahabatmu,
Abu


Tajuk 3:
Tuliskan cerita tentang guru kesayang kamu. 
a. Saya - guru.
b. Nama guru -.
c. Puan Lee - Bahasa Cina.
d. Puan Lee - cantik.
e. - rajin - baik hati.
f. Beliau - nasihat.
g. Beliau - kami faham.
h. Puan Lee - badminton.
i. Beliau mengajar - badminton.
j. Saya - Puan Lee.

Tajuk 4:
Tuliskan sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".
a. Nama -.
b. Aku -.
c. Aku - kilang.
d. Aku -.
e. Aku - kotak.
f.  Aku - kedai telefon.
g. Aku - harga.
h. Aku - lelaki.
i.  Dia - aku.
j.  Dia - kawannya.
k. Dia - baik.
l.  Aku -.
m.Aku -.

Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 2

Bagi peringkat 2 dalam teknik menjawab bahagian B kertas penulisan Bahasa Melayu, murid-murid dikehendaki mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Tajuk 1: 
Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu. (Cerita)
a. Saya ada _____.
b. Saya suka _____ layang-layang.
c. Saya _____ layang-layang.
d. Layang-layang itu _____.
e. Saya _____ layang-layang itu.
f. Saya bermain layang-layang dengan _____.
g. Saya bermain pada waktu _____.
h. Saya bermain di _____.
i. Layang-layang saya _____ tinggi.
j. Saya berasa _____.

Tajuk 2: 
Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.

44, Taman Bunga Raya,
35000 Tapah,
Perak.

2 September 2011.

a.       _____ sahabatku, Amir yang berada di Muar, Johor.
b.       Semoga _____ selalu.
c.      _____ sihat-sihat wal afiat.
d.      _____,
e.       Saya _____ telah pergi ke pusat rawatan tradisional.
f.        Ayahanda saya selalu sakit _____.
g.       Beliau bekerja sebagai _____.
h.       Beliau menjalani _____ akupunktur.
i.         Encik Wong _____ air rebusan akar-akar kayu.
j.         Ayahanda saya semakin _____.
k.      _____ sahaja buat kali ini.
l.         Semoga _____ lagi.

Sahabatmu,
Abu


Tajuk 3:
Tuliskan cerita tentang guru kesayang kamu. 
a. Saya ada _____ guru.
b. Nama guru saya ialah _____.
c. Puan Lee mengajar saya _____.
d. Puan Lee seorang yang _____.
e. Puan Lee rajin dan _____.
f. Beliau selalu memberi _____.
g. Beliau mengajar sehingga kami _____.
h. Puan Lee juga guru kelab _____.
i. Beliau _____ kami bermain badminton.
j. Saya sangat _____ akan Puan Lee.

Tajuk 4:
Tuliskan sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".
a. Nama saya _____.
b. Aku telefon _____.
c. Aku dilahirkan di _____.
d. Aku _____.
e. Aku _____ ke dalam kotak.
f.  Aku _____ ke kedai telefon.
g. Aku diletakkan tanda _____.
h. Aku dibeli oleh seorang _____.
i.  Dia menggunakan _____.
j.  Dia _____ dengan kawannya.
k. Dia menjaga aku dengan _____.
l.  Aku sudah _____.
m.Aku sangat _____.

Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 1

Bagi peringkat 1 dalam teknik menjawab bahagian B dalam kertas penulisan Bahasa Melayu, murid-murid dikehendaki membaca dan memahami ayat-ayat yang diberikan. (Tiru & Tulis atau Imlak)

Tajuk 1: 
Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu. (Cerita)
a. Saya ada hobi.
b. Saya suka bermain layang-layang.
c. Saya ada layang-layang.
d. Layang-layang itu cantik.
e. Saya membuat layang-layang itu.
f. Saya bermain layang-layang dengan kawan-kawan.
g. Saya bermain pada waktu petang.
h. Saya bermain di padang.
i. Layang-layang saya terbang tinggi.
j. Saya berasa gembira.

Tajuk 2: 
Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.

44, Taman Bunga Raya,
35000 Tapah,
Perak.

2 September 2011.

a.       Menemui sahabatku, Amir yang berada di Muar, Johor.
b.       Semoga sihat-sihat selalu.
c.       Saya sihat-sihat wal afiat.
d.       Saudara,
e.       Saya sekeluarga telah pergi ke pusat rawatan tradisional.
f.        Ayahanda saya selalu sakit badan.
g.       Beliau bekerja sebagai pemandu lori.
h.       Beliau menjalani rawatan akupunktur.
i.         Encik Wong memberi air rebusan akar-akar kayu.
j.         Ayahanda saya semakin sihat.
k.       Sekianlah sahaja buat kali ini.
l.         Semoga bersua lagi.

Sahabatmu,
Abu


Tajuk 3:
Tuliskan cerita tentang guru kesayang kamu. 
a. Saya ada seorang guru.
b. Nama guru saya ialah Puan Lee.
c. Puan Lee mengajar saya Bahasa Cina.
d. Puan Lee seorang yang cantik.
e. Puan Lee rajin dan baik hati.
f. Beliau selalu memberi nasihat.
g. Beliau mengajar sehingga kami faham.
h. Puan Lee juga guru kelab badminton.
i. Beliau mengajar kami bermain badminton.
j. Saya sangat sayang akan Puan Lee.

Tajuk 4:
Tuliskan sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".
a. Nama saya Nokia.
b. Aku telefon bimbit.
c. Aku dilahirkan di kilang.
d. Aku dibungkus.
e. Aku dimasukkan ke dalam kotak.
f.  Aku dihantar ke kedai telefon.
g. Aku diletakkan tanda harga.
h. Aku dibeli oleh seorang lelaki.
i.  Dia menggunakan aku.
j.  Dia bercakap dengan kawannya.
k. Dia menjaga aku dengan baik.
l.  Aku sudah rosak.
m.Aku sangat sedih.

Panduan Menjawab Bahagian B (Penulisan)

Panduan menjawab Bahagian B untuk Kertas Penulisan ini adalah bersasar kepada murid-murid yang mendapat gred D atau E dalam ujian atau peperiksaan. Semoga melalui panduan ini, murid-murid tersebut boleh cuba mendapat gred C dalam peperiksaan. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik 10 ayat mudah. Teknik 10 ayat Bahagian B mengandungi 4 peringkat latih tubi.

Cadangan langkah pengajaran:

  1. Guru baca dan murid dengar.
  2. Murid mengulangi bacaan sebanyak 3 kali.
  3. Guru menerangkan erti perkataan atau murid menggunakan kamus dwibahasa.
  4. Imlak.
  5. Baca sekali lagi.
  6. Tiru dan tulis ( T&T )

Infobahasa 5 : Ayat pasif dan Penggunaan "OLEH"

Ayat Pasif merupakan ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding dengan "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kebanyakan murid melakukan kesalahan dalam pembinaan ayat pasif dengan KGND pertama dan KGND kedua. Contoh-contoh ayat berikut telah menunjukkan kesalahan umum yang sering kali dilakukan oleh murid-murid:-

  1. Roti itu dimakan oleh saya. [SALAH]
  2. Roti itu saya makan. [BETUL]
  3. Roti itu kamu makan. [BETUL]
  4. Roti itu dimakan oleh mereka. [BETUL]
  5. Roti itu mereka makan. [SALAH]


Di samping itu, ramai murid juga melakukan kesalahan dalam penggunaan perkataan "OLEH". Biasanya kata kerja yang berada di hadapan perkataan "OLEH" berimbuhan di- yang menunjukkan erti pasif. Selain daripada imbuhan di-, kata kerja tersebut juga boleh berimbuhan ter- atau mempunyai perkataan "KENA" di hadapannya. Contohnya:
  1. Kuih itu dimakan oleh bapa. [BETUL]
  2. Kuih itu dimakan bapa. [SALAH]
  3. Kuih itu bapa makan. [BETUL]
  4. Kuih itu termakan oleh bapa. [BETUL]
  5. Kuih itu termakan bapa. [SALAH]
  6. Kuih itu kena makan oleh bapa. [BETUL]
  7. Kuih itu kena makan bapa. [SALAH]
  8. Pencuri itu tertangkap polis. [SALAH]
  9. Pencuri itu kena tangkap polis. [SALAH]
  10. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. [BETUL]

Infobahasa 4 : Penggunaan Kata Bilangan yang Betul

Kata Bilangan merupakan perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa contoh kata bilangan yang sering digunakan oleh murid-murid. Di antaranya ada yang betul dan ada yang salah, bolehkah murid-murid bezakan?

  1. semua murid-murid --- { SALAH }
  2. semua murid --- { BETUL }
  3. para pelajar --- { BETUL }
  4. semua kanak-kanak --- { BETUL }
  5. ramai budak --- { BETUL }
  6. kebanyakan pelajar --- { BETUL }
  7. guru-guru semua --- { SALAH }
  8. beberapa buah rumah-rumah ---{ SALAH }