Thursday, 1 December 2011

Mengenal pasti nilai-nilai murni (Penulisan-Bahagian C)

Berikan nilai-nilai murni bagi pernyataan berikut:

1.      Siti sentiasa menolong ibunya mengemas rumah dan menyiram pokok bunga.
Nilai murni: __________

2.      Ali membantu lelaki buta melintas jalan raya.
Nilai murni: __________

3.      Janice menyimpan wangnya di bank.
Nilai murni: __________

4.      Lili mencuci kasut sekolahnya sendiri tampa meminta pertolongan kakak.
Nilai murni: __________

5.      Susan memberi ucapan selamat pagi semasa berjumpa gurunya.
Nilai murni: __________

6.      Lina sentiasa mengulang kaji pelajarannya.
Nilai murni: __________

7.      Jojoe dan rakannya beratur semasa membeli makanan di kantin.
Nilai murni: __________

8.      Ahmad memberi wang sebanyak RM1.00 kepada pengemis.
Nilai murni: __________

9.      Mei Ling sentiasa mendengar nasihat dan menurut kata ibunya.
Nilai murni: __________

10.  Bapa dan jiran-jiran bergotong- royong membersihkan longkang kawasan perumahan.
Nilai murni: __________

11.  Liza tiba di rumah Mei Wen tepat pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.
Nilai murni: __________

12.  Pada masa itu, Mei Wen membantu ibunya menyidai kain di ampaian.
Nilai murni: __________


13.  Liza menyapa Puan Lim dengan suara yang lembut.
Nilai murni: __________

14.  Liza dan Mei Wen menunggang basikal perlahan-lahan di jalan raya.
Nilai murni: __________

15.  Liza dan Mei Wen membaca buku sementara menunggu loceng sekolah berbunyi.
Nilai murni: __________

16.  Beberapa orang murid lelaki berlari-lari dan berbuat bising di dalam kelas.
Nilai murni: __________

17.  Sebagai pengawas, Mei Wen menegur sikap mereka yang nakal.
Nilai murni: __________

18.  Ibu dan bapa sentiasa bertanyakan pelajaran saya dan adik-adik.
Nilai murni: __________

19.  Pada hujung minggu, keluarga saya bergotong-royong membersihkan rumah.
Nilai murni: __________

20.  Setelah dinasihat, Mindy segera meminta maaf dan mengakui kesalahannya
Nilai murni: __________.

Nilai-nilai Murni Bahagian C (Penulisan)

1
Baik hati
1.1   Belas kasihan
1.2   Bertimbang rasa
1.3   Murah hati
1.4   Saling memahami
1.5   Sedia memaafkan
9
Kesyukuran
9.1   Berterima kasih
9.2   Mengenang budi
9.3   Penghargaan
2
Berdikari
2.1   Bertanggungjawab
2.2   Berupaya bertindak sendiri
2.3   Jaya diri
2.4   Yakin pada diri sendiri
10
Kerajinan
10.1  Cekal
10.2  Daya usaha
10.3  Dedikasi
10.4  Tekun
3
Hemah tinggi
3.1   Kesopanan
3.2   Mengakui kesalahan sendiri
3.3   Ramah mesra
11
Semangat kewarganegaraan
11.1Berbangga menjadi rakyat Malaysia
11.2Bersemangat patriotik
11.3Berusaha dan produktif
4
Kasih sayang
4.1   Cinta kepada Tuhan Yang Agung
4.2   Sayang kepada nyawa
4.3   Sayang kepada alam sekeliling
4.4   Cinta akan negara
4.5   Cinta akan keamanan dan keharmonian
12
Kerjasama
12.1Persaudaraan
12.2Tanggungjawab bersama
12.3Gotong-royong
12.4Toleransi
12.5Kebaikan bersama
12.6Perpaduan
5
Keadilan
5.1   Adil
5.2   Saksama
13
Kebebasan
13.1Kebebasan di sisi undang-undang
13.2Kebebasan dalam sistem demokrasi
6
Kejujuran
6.1   Amanah
6.2   Bercakap benar
6.3   Ikhlas
14
Semangat bermasyarakat
14.1Bermuafakat
14.2Kejiranan
14.3Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
7
Keberanian
7.1   Berani dengan tidak membuta tuli
7.2   Berani kerana benar
7.3   Berani mempertahankan pendirian
7.4   Berani bertanggungjawab
15
Rasional
15.1Boleh membuat pertimbangan
15.2Boleh membuat penaakulan
15.3Berfikiran logik dan terbuka
8
Kebersihan Fizikal dan Mental
8.1   Kebersihan diri
8.2   Kebersihan persekitaran
8.3   Pertuturan dan kelakuan yang sopan
8.4   Pemikiran yang sihat dan membina
16
Kesederhanaan
16.1Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
16.2Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

Formula ingatan nilai murni RMT – SBT

R – rajin / ramah / rendah diri / rasional
M – menghargai / menghormati / menepati
T – tanggungjawab / tekun / tulus ikhlas / tabah

S – saying / simpati / syukur / sabar / sopan
B – baik hati / berdisiplin / berhemah / berdikari / bertimbang rasa
T – taat / toleransi

Panduan Menjawab Bahagian C (Penulisan)

Langkah-langkah Menjawab Bahagian C:
1.     Baca arahan dengan teliti.
2.     Baca bahan rangsangan (teks) dengan teliti dan cuba fahami.
3.     Bacaan kali kedua:
Ø  Baca ayat demi ayat dan tandakan ayat yang mengandungi nilai baik yang boleh dicontohi (nilai murni) DAN catatkan nilai murni.
Ø  Nilai murni yang terdapat dalam teks (tertera) tidak boleh tulis semula di dalam jawapan.
Ø  Cari sebanyak yang mungkin.
Ø  Pilih empat (ikut arahan).
4.     Tulis jawapan:
Ø  Satu nilai murni satu ayat.
Ø  Mulakan ayat dengan dengan:
  Ayat pertama - Kita mestilah ......
  Ayat kedua - Selain itu, kita hendaklah ......
  Ayat ketiga - Seterusnya, kita haruslah ......
  Ayat keempat - Akhir sekali, kita patutlah ......
Cadangan struktur ayat:
Penanda Wacana
Nilai Murni
Huraian/Contoh



Ø  Tulis dalam satu perenggan.
5.     Semak jawapan:
Ø  Ejaan
Ø  Tanda bacaan

    Infobahasa 6 : Analisis Klausa/Frasa/Ayat (1)

    KLAUSA/FRASA/AYAT
    BETUL/
    SALAH
    PEMBETULAN
    adalah dengan ini dimaklumkan
    SALAH
    dengan ini adalah
    agar tidak membuat bising
    SALAH
    berbuat
    antara mereka yang hadir
    SALAH
    antara yang hadir (jamak)
    atas perhatian ibu bapa
    BETUL

    banyak penduduk yang hadir
    BETUL

    beberapa biji jerawat membarisi pipinya
    BETUL

    berbagai masalah
    SALAH
    berbagai-bagai / pelbagai
    bertahun-tahun dia merantau
    BETUL

    buku aturcara sukan
    SALAH
    atur cara
    dalam pengetahuan saya
    BETUL

    dari masa ke semasa
    SALAH
    semasa ke semasa
    daun-daun berguguran
    SALAH
    daun berguguran
    di antara hobinya ialah memancing
    SALAH
    antara hobinya
    di gerainya ada menjual kad telefon
    SALAH
    dijual
    di waktu lapang
    SALAH
    pada
    dia benar nakal
    SALAH
    nakal benar
    dua setengah jam
    SALAH
    dua jam setengah
    Halimah jururawat
    BETUL

    hobi ibu ialah menanam bunga
    BETUL

    kerja-kerja pedalaman parit
    SALAH
    kerja-kerja pendalaman parit
    membincangkan tentang
    SALAH
    berbincang
    memperlebarkan jalan
    SALAH
    memperlebar
    penyalah gunaan dadah
    SALAH
    penyalahgunaan dadah
    mini konsert Astro
    SALAH
    konsert mini Astro