Thursday, 1 December 2011

Panduan Menjawab Bahagian C (Penulisan)

Langkah-langkah Menjawab Bahagian C:
1.     Baca arahan dengan teliti.
2.     Baca bahan rangsangan (teks) dengan teliti dan cuba fahami.
3.     Bacaan kali kedua:
Ø  Baca ayat demi ayat dan tandakan ayat yang mengandungi nilai baik yang boleh dicontohi (nilai murni) DAN catatkan nilai murni.
Ø  Nilai murni yang terdapat dalam teks (tertera) tidak boleh tulis semula di dalam jawapan.
Ø  Cari sebanyak yang mungkin.
Ø  Pilih empat (ikut arahan).
4.     Tulis jawapan:
Ø  Satu nilai murni satu ayat.
Ø  Mulakan ayat dengan dengan:
™  Ayat pertama - Kita mestilah ......
™  Ayat kedua - Selain itu, kita hendaklah ......
™  Ayat ketiga - Seterusnya, kita haruslah ......
™  Ayat keempat - Akhir sekali, kita patutlah ......
Cadangan struktur ayat:
Penanda Wacana
Nilai Murni
Huraian/Contoh



Ø  Tulis dalam satu perenggan.
5.     Semak jawapan:
Ø  Ejaan
Ø  Tanda bacaan

    Infobahasa 6 : Analisis Klausa/Frasa/Ayat (1)

    KLAUSA/FRASA/AYAT
    BETUL/
    SALAH
    PEMBETULAN
    adalah dengan ini dimaklumkan
    SALAH
    dengan ini adalah
    agar tidak membuat bising
    SALAH
    berbuat
    antara mereka yang hadir
    SALAH
    antara yang hadir (jamak)
    atas perhatian ibu bapa
    BETUL

    banyak penduduk yang hadir
    BETUL

    beberapa biji jerawat membarisi pipinya
    BETUL

    berbagai masalah
    SALAH
    berbagai-bagai / pelbagai
    bertahun-tahun dia merantau
    BETUL

    buku aturcara sukan
    SALAH
    atur cara
    dalam pengetahuan saya
    BETUL

    dari masa ke semasa
    SALAH
    semasa ke semasa
    daun-daun berguguran
    SALAH
    daun berguguran
    di antara hobinya ialah memancing
    SALAH
    antara hobinya
    di gerainya ada menjual kad telefon
    SALAH
    dijual
    di waktu lapang
    SALAH
    pada
    dia benar nakal
    SALAH
    nakal benar
    dua setengah jam
    SALAH
    dua jam setengah
    Halimah jururawat
    BETUL

    hobi ibu ialah menanam bunga
    BETUL

    kerja-kerja pedalaman parit
    SALAH
    kerja-kerja pendalaman parit
    membincangkan tentang
    SALAH
    berbincang
    memperlebarkan jalan
    SALAH
    memperlebar
    penyalah gunaan dadah
    SALAH
    penyalahgunaan dadah
    mini konsert Astro
    SALAH
    konsert mini Astro

    Wednesday, 30 November 2011

    Latihan Menulis Bahagian B

    Di sini saya memberi 4 tajuk yang baru sebagai latihan tambahan penulisan Bahagian B. Isikan tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang sesuai.


    Tajuk 1:
    Ibu Saya

           Ibu saya berumur ________ tahun. Dia bersifat ________ lembut dan sentiasa ________.
           Ibu saya seorang suri rumah tangga. Tiap-tiap ________ , dia menyediakan ________ untuk kami sekeluarga.
           Ibu mengambil ________ terhadap pelajaran kami. Saya berasa ________ kerana mempunyai seorang ibu yang ________.

    Tajuk 2:
    Kegemaran Saya
           Kegemaran saya ialah ________ setem.
           Saya mendapat setem daripada penukaran setem dengan ________. Kadang-kadang saya juga ________ setem dari kedai.
           Saya menyimpan setem di dalam ________. Pada waktu lapang, saya suka menikmati ________ setem-setem itu.
           Melalui aktiviti mengumpul setem, ________ pengetahuan saya ________.


    Tajuk 3:
    Hari Sukan
           Sekolah saya telah mengadakan ________ tahunan pada hari ________ yang lepas.
           Padang sekolah dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang ________. Berbagai-bagai ________ telah diadakan. Antaranya adalah acara lumba ________, lompat ________ dan lompat ________.
           Temasya sukan ________ dalam suasana yang ________.

    Tajuk 4:
    Melawat Zoo
           Pada minggu ________, Cikgu Rosli membawa kami melawat ke zoo.
           Di dalam zoo terdapat banyak ________. Antaranya adalah ________, ________, monyet, gajah, buaya, burung, arnab, badak dan ________.
           Kami dapat ________ cara binatang-binatang itu bergerak, ________ dan tidur.

    Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 4

    Peringkat 4 ini merupakan peringkat untuk mereka menjawab soalan dalam bentuk UPSR.
    1. Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu.
    2. Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.
    3. Tulis cerita tentang guru kesayangan kamu.
    4. Tulis sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".

    ~~SELAMAT MENCUBA~~