Thursday 1 December 2011

Mengenal pasti nilai-nilai murni (Penulisan-Bahagian C)

Berikan nilai-nilai murni bagi pernyataan berikut:

1.      Siti sentiasa menolong ibunya mengemas rumah dan menyiram pokok bunga.
Nilai murni: __________

2.      Ali membantu lelaki buta melintas jalan raya.
Nilai murni: __________

3.      Janice menyimpan wangnya di bank.
Nilai murni: __________

4.      Lili mencuci kasut sekolahnya sendiri tampa meminta pertolongan kakak.
Nilai murni: __________

5.      Susan memberi ucapan selamat pagi semasa berjumpa gurunya.
Nilai murni: __________

6.      Lina sentiasa mengulang kaji pelajarannya.
Nilai murni: __________

7.      Jojoe dan rakannya beratur semasa membeli makanan di kantin.
Nilai murni: __________

8.      Ahmad memberi wang sebanyak RM1.00 kepada pengemis.
Nilai murni: __________

9.      Mei Ling sentiasa mendengar nasihat dan menurut kata ibunya.
Nilai murni: __________

10.  Bapa dan jiran-jiran bergotong- royong membersihkan longkang kawasan perumahan.
Nilai murni: __________

11.  Liza tiba di rumah Mei Wen tepat pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.
Nilai murni: __________

12.  Pada masa itu, Mei Wen membantu ibunya menyidai kain di ampaian.
Nilai murni: __________


13.  Liza menyapa Puan Lim dengan suara yang lembut.
Nilai murni: __________

14.  Liza dan Mei Wen menunggang basikal perlahan-lahan di jalan raya.
Nilai murni: __________

15.  Liza dan Mei Wen membaca buku sementara menunggu loceng sekolah berbunyi.
Nilai murni: __________

16.  Beberapa orang murid lelaki berlari-lari dan berbuat bising di dalam kelas.
Nilai murni: __________

17.  Sebagai pengawas, Mei Wen menegur sikap mereka yang nakal.
Nilai murni: __________

18.  Ibu dan bapa sentiasa bertanyakan pelajaran saya dan adik-adik.
Nilai murni: __________

19.  Pada hujung minggu, keluarga saya bergotong-royong membersihkan rumah.
Nilai murni: __________

20.  Setelah dinasihat, Mindy segera meminta maaf dan mengakui kesalahannya
Nilai murni: __________.

No comments:

Post a Comment