Thursday, 1 December 2011

Latihan Menulis Bahagian C (4)

Tajuk: Catatan
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Berikut adalah catatan saya sepanjang hari hujung minggu.

Sabtu: 15 Mac 2011
7.15 pagi: Menolong ibu menyediakan sarapan, adik pula mengelap meja, menyusun pinggan dan gelas di atas meja makan. Ibu menyediakan roti bakar, mi goreng dan susu segar.

8.30 pagi: Bersarapan bersama keluarga. Ayah menanyakan tentang pelajaran saya dan adik. Ayah menasihati kami supaya rajin belajar agar mempunyai masa depan yang cerah.

9.00 pagi: Bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Pelbagai tugasan yang kami lakukan untuk memastikan halaman rumah bersih.

10.00 pagi: Membasuh kasut sekolah dan pakaian seragam sekolah sendiri. Turut menolong adik membasuh kasutnya.

5.00 petang: Ayah menolong ibu, aku dan adik bersiar-siar di taman rekreasi. Aku bermain bersama kawan-kawan manakala ayah dan ibu berbual-bual dengan jiran-jiran yang turut membawa anak mereka ke situ.

8.00 malam: Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Aku mesti rajin mengulang kaji kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR. Aku berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengikut jejak abangku yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Menolong ibu menyediakan sarapan.

2.      Bergotong-royong membersihkan halaman rumah.

3.      Menolong adik membasuh kasutnya.

4.      Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (3)

Tajuk: Laporan

Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

LAPORAN PROGRAM SAYANG DISAYANG

Pada cuti semester yang lalu, pelajar-pelajar Kolej Utama telah mengadakan program bersama warga emas di rumah Orang Tua Tunas Bakti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Mereka bekerja bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan.

Ada kumpulan yang menanam pokok-pokok bunga untuk mengindahkan pemandangan di situ. Sampah-sarap, longkang, kaki lima rumah kebajikan itu juga dibersihkan. Satu lagi kumpulan ditugaskan mengecat semula bangunan utama rumah kebajikan tersebut.

Pada sebelah petang pula, para pelajar berpeluang mendekati penghuni-penghuni dan cuba memahami perasaan mereka. Sesungguhnya mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat.

Program sehari itu tamat pada jam 6.30 petang.

Disediakan oleh,                                                    16 Mei 2011
     Faridah
(FARIDAH HANIM)
Setiausaha,
Program Sayang Disayang.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Mengadakan program bersama warga emas.

2.      Membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran.

3.      Bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan.

4.      mendekati penghuni-penghuni dan cuba memahami perasaan mereka.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (2)

Tajuk: Pantun
Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pergi berjalan ke Kuala Gula,
Penat berjalan duduk bersembang;
Tekun bekerja pada setiap masa,
Pasti hidup akan dikenang.

Gelang emas gelang suasa,
Cincin berlian indah sekali;
Jangan suka membuang masa,
Nanti rugi diri sendiri.

Pergi membeli ikan tenggiri,
Beli juga ikan gelama;
Jangan suka meninggi diri,
Kelak nanti diri binasa.

Pagi-pagi menyapu sampah,
Sambil berehat memakan kuini;
Cakap ibu jangan dibantah,
Perintah bapa mesti turuti.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.      Tekun bekerja pada setiap masa.

2.      Jangan suka membuang masa.

3.      Jangan suka meninggi diri.

4.       Cakap ibu jangan dibantah.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_______________________. Selain itu, kita hendaklah _______________________. Di samping itu, kita perlulah _______________________. Akhir sekali, kita patutlah _______________________.

Latihan Menulis Bahagian C (1)

Tajuk: Cerita

Tuliskan empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buku yang berjudul 100 Ciptaan Terhebat Manusia ialah hadiah kakak Ratna. Ratna membalut buku itu dan menjaganya dengan baik. Dia membaca buku itu pada masa lapang.
Banyak pengetahuan baharu diperolehnya melalui buku itu. Setelah dia selesai membacanya, Mei Mei hendak meminjam buku tersebut. Ratna tidak kedekut tetapi menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu.
Selepas seminggu, Mei Mei telah memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik.

A.      Tuliskan nilai-nilai murni yang boleh anda dapati daripada pernyataan yang dipetik daripada petikan di atas.

Pernyataan
Nilai Murni
1.     Membalut buku itu dan menjaganya.

2.     Membaca buku itu pada masa lapang.

3.     Menasihati Mei Mei agar menjaga buku itu.

4.       Memulangkan buku itu dalam keadaan yang baik.


B.      Tulis nilai murni dan pernyataan yang betul dalam rangka jawapan yang disediakan.

Kita mestilah_____________________. Selain itu, kita hendaklah _____________________. Di samping itu, kita perlulah _____________________. Akhir sekali, kita patutlah _____________________.