Wednesday 30 November 2011

Infobahasa 5 : Ayat pasif dan Penggunaan "OLEH"

Ayat Pasif merupakan ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding dengan "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kebanyakan murid melakukan kesalahan dalam pembinaan ayat pasif dengan KGND pertama dan KGND kedua. Contoh-contoh ayat berikut telah menunjukkan kesalahan umum yang sering kali dilakukan oleh murid-murid:-

  1. Roti itu dimakan oleh saya. [SALAH]
  2. Roti itu saya makan. [BETUL]
  3. Roti itu kamu makan. [BETUL]
  4. Roti itu dimakan oleh mereka. [BETUL]
  5. Roti itu mereka makan. [SALAH]


Di samping itu, ramai murid juga melakukan kesalahan dalam penggunaan perkataan "OLEH". Biasanya kata kerja yang berada di hadapan perkataan "OLEH" berimbuhan di- yang menunjukkan erti pasif. Selain daripada imbuhan di-, kata kerja tersebut juga boleh berimbuhan ter- atau mempunyai perkataan "KENA" di hadapannya. Contohnya:
  1. Kuih itu dimakan oleh bapa. [BETUL]
  2. Kuih itu dimakan bapa. [SALAH]
  3. Kuih itu bapa makan. [BETUL]
  4. Kuih itu termakan oleh bapa. [BETUL]
  5. Kuih itu termakan bapa. [SALAH]
  6. Kuih itu kena makan oleh bapa. [BETUL]
  7. Kuih itu kena makan bapa. [SALAH]
  8. Pencuri itu tertangkap polis. [SALAH]
  9. Pencuri itu kena tangkap polis. [SALAH]
  10. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. [BETUL]

No comments:

Post a Comment