Wednesday 30 November 2011

Panduan Menulis Bahagian B (Penulisan): Peringkat 1

Bagi peringkat 1 dalam teknik menjawab bahagian B dalam kertas penulisan Bahasa Melayu, murid-murid dikehendaki membaca dan memahami ayat-ayat yang diberikan. (Tiru & Tulis atau Imlak)

Tajuk 1: 
Hobi kamu ialah bermain layang-layang. Ceritakan tentang hobi kamu itu. (Cerita)
a. Saya ada hobi.
b. Saya suka bermain layang-layang.
c. Saya ada layang-layang.
d. Layang-layang itu cantik.
e. Saya membuat layang-layang itu.
f. Saya bermain layang-layang dengan kawan-kawan.
g. Saya bermain pada waktu petang.
h. Saya bermain di padang.
i. Layang-layang saya terbang tinggi.
j. Saya berasa gembira.

Tajuk 2: 
Kamu sekeluarga telah mengunjungi sebuah pusat rawatan tradisional. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu.

44, Taman Bunga Raya,
35000 Tapah,
Perak.

2 September 2011.

a.       Menemui sahabatku, Amir yang berada di Muar, Johor.
b.       Semoga sihat-sihat selalu.
c.       Saya sihat-sihat wal afiat.
d.       Saudara,
e.       Saya sekeluarga telah pergi ke pusat rawatan tradisional.
f.        Ayahanda saya selalu sakit badan.
g.       Beliau bekerja sebagai pemandu lori.
h.       Beliau menjalani rawatan akupunktur.
i.         Encik Wong memberi air rebusan akar-akar kayu.
j.         Ayahanda saya semakin sihat.
k.       Sekianlah sahaja buat kali ini.
l.         Semoga bersua lagi.

Sahabatmu,
Abu


Tajuk 3:
Tuliskan cerita tentang guru kesayang kamu. 
a. Saya ada seorang guru.
b. Nama guru saya ialah Puan Lee.
c. Puan Lee mengajar saya Bahasa Cina.
d. Puan Lee seorang yang cantik.
e. Puan Lee rajin dan baik hati.
f. Beliau selalu memberi nasihat.
g. Beliau mengajar sehingga kami faham.
h. Puan Lee juga guru kelab badminton.
i. Beliau mengajar kami bermain badminton.
j. Saya sangat sayang akan Puan Lee.

Tajuk 4:
Tuliskan sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Telefon Bimbit".
a. Nama saya Nokia.
b. Aku telefon bimbit.
c. Aku dilahirkan di kilang.
d. Aku dibungkus.
e. Aku dimasukkan ke dalam kotak.
f.  Aku dihantar ke kedai telefon.
g. Aku diletakkan tanda harga.
h. Aku dibeli oleh seorang lelaki.
i.  Dia menggunakan aku.
j.  Dia bercakap dengan kawannya.
k. Dia menjaga aku dengan baik.
l.  Aku sudah rosak.
m.Aku sangat sedih.

No comments:

Post a Comment